Sunday, March 28, 2010

Kitab Al-Quran

Al-Quran mempunyai pelbagai nama antaranya Al-Furqan, Al-Kitab dan Al-Tanzil.


Surah Al-Baqarah Ayat 2-5
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; (2)
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (3) Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). (4) Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya. (5)

Surah Al-Baqarah Ayat 23-24
Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu dan panggillah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar. (23) Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu Neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir. (24)

Surah Al-Baqarah Ayat 89-91
Dan ketika datang kepada mereka sebuah Kitab dari Allah (Al-Quran), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka (Kitab Taurat), sedang mereka sebelum itu sentiasa memohon (kepada Allah) kemenangan atas kaum kafir musyrik (dengan kedatangan seorang Nabi pembawa Kitab itu). Setelah datang kepada mereka apa yang mereka sedia mengetahui kebenarannya (Nabi Muhammad dan Al-Quran), mereka mengingkarinya; maka (dengan yang demikian), laknat Allah menimpa orang-orang yang kafir ingkar itu. (89) Sejahat-jahat perkara (yang mereka lakukan) ialah perbuatan mereka membeli kesenangan dirinya sendiri dengan mengingkari Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah, kerana dengki bahawa Allah menurunkan dari limpah kurniaNya (wahyu) kepada sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya (iaitu Nabi Muhammad s.a.w). Dengan sebab itu sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan Allah bertalu-talu dan orang-orang yang kafir itu akan beroleh azab sengsara yang menghinakan. (90) Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepada Nabi Muhammad)", mereka menjawab: "Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami (Taurat)". Dan mereka ingkarkan (Kitab) yang lain yang diturunkan kemudian daripadanya, padahal Al-Quran itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): Jika demikian mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa yang lalu kalaulah kamu benar-benar orang-orang yang beriman?. (91)

Surah Al-Baqarah Ayat 99
Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) ayat-ayat keterangan yang jelas nyata (Al-Quran) dan tidak ada yang akan mengingkarinya melainkan orang-orang yang fasik. (99)

Surah Al-Baqarah Ayat 185
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur. (185)

Surah Ali-Imran Ayat 3-4
Dia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya dan Dia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil. (3) Sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia dan Dia juga yang menurunkan Al-Furqan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah). Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah). (4)

Surah Ali-Imran Ayat 7
Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbullah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran. (7).

Surah An-Nisa' Ayat 174
Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak). (174)

Surah Al-A'raf Ayat 2-3
(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad dari Tuhanmu). Oleh itu, janganlah ada perasaan bimbang dalam dadamu mengenainya, supaya engkau memberi amaran dengan Al-Quran itu (kepada orang-orang yang ingkar) dan supaya menjadi peringatan bagi orang-orang yang beriman. (2) (Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan. (3)

Surah Yunus Ayat 1-2
Alif, Laam Raa` ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap teguh. (1) Tidaklah patut adanya pada manusia yang ingkar itu perasaan hairan disebabkan Kami telah wahyukan kepada seorang lelaki dari jenis mereka (Nabi Muhammad, dengan berfirman kepadanya): Berilah amaran kepada umat manusia (yang ingkar, dengan balasan azab) dan sampaikanlah berita yang menggembirakan kepada orang-orang yang beriman, bahawa bagi mereka ada persediaan yang sungguh mulia di sisi Tuhan mereka (disebabkan amal-amal soleh yang mereka kerjakan). (Setelah Nabi Muhammad memberi amaran dan menyampaikan berita yang menggembirakan) berkatalah orang-orang kafir (yang merasa hairan) itu: Sebenarnya (Al-Quran) ini ialah sihir yang terang nyata. (2)

Saturday, March 27, 2010

Beriman Kepada Malaikat

Terdapat 10 nama Malaikat yang wajib diketahui setiap Muslim

1. Jibrail 'alaihissalam
2. Mikail
3. Israfil
4. Roqib
5. 'Atiq
6. Munkar
7. Nakir
8. Izrail
9. Malik
10. Ridhuan

Beriman Kepada Rasul

Terdapat 25 orang Rasul yang wajib diketahui oleh setiap Muslim:

1. Adam 'alaihissalam
2. Hud 'alaihissalam
3. Lut 'alaihissalam
4. Soleh 'alaihissalam
5. Nuh 'alaihissalam
6. Yunus 'alaihissalam
7. Yusuf 'alaihissalam
8. Ayub 'alaihissalam
9. Zulkifli 'alaihissalam
10. Idris 'alaihissalam
11. Zakaria 'alaihissalam
12. Yahya 'alaihissalam
13. Daud 'alaihissalam
14. Sulaiman 'alaihissalam
15. Ibrahim 'alaihissalam
16. Yaakub 'alaihissalam
17. Ismail 'alaihissalam
18. Ishak 'alaihissalam
19. Ilyasak 'alaihissalam
20. Ilyas 'alaihissalam
21. Syu'aib 'alaihissalam
22. Harun 'alaihissalam
23. Musa 'alaihissalam
24. Isa 'alaihissalam
25. Muhammad Salallahu 'alaihiwasallam

Beriman Kepada Kitab

Kitab yang wajib diketahui oleh setiap Muslim ada 4:

1. Kitab Zabur diturunkan kepada Nabi Daud 'alaihissalam
2. Kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Musa 'alaihissalam
3. Kitab Injil diturunkan kepada Nabi Isa 'alaihissalam
4. Kitab Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad sallalahu 'alaihiwasallam

Wednesday, March 24, 2010

Rukun Iman

1. Beriman kepada Allah
2. Beriman kepada Malaikat
3. Beriman kepada Kitab
4. Beriman kepada Rasul
5. Beriman kepada Hari Akhirat
6. Beriman kepada Qadak dan Qadar

Rukun Islam

1. Mengucap 2 kalimah Syahadah
2. Menunaikan fardhu solat lima waktu sehari semalam
3. Menunaikan fardhu puasa bulan Ramadhan
4. Menunaikan fardhu zakat
5. Menunaikan fardhu haji

Saturday, March 20, 2010

PENGUMUMAN 21 MAC 2010

TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT DAERAH BESUT

Peringkat Saringan
Tarikh: 8 April 2010 (Khamis)
Masa: 8.30 Pagi
Tempat: Dewan Ibnu Sina, Aras 1, Pejabat Agama Daerah Besut


Peringkat Akhir
Tarikh: 13 April 2010 (Selasa)
Masa: 9.00 Malam
Tempat: Masjid Al-Muqarrabin Gong Kepas

Aturcara Peringkat Akhir :

9.00 malam - Tilawah dimulakan

- 4 Qari / Qariah akan membaca tilawah

- Ucapan Pengerusi Majlis

- Ucapan Pengerusi Tilawah Peringkat Daerah

(YM Tuan Pegawai Daerah)

- Ucapan perasmian tilawah

(YB Tuan Hj. Muhammad Pehimi bin Yusof – ADUN Kota Putera)

- 4 Qari / Qariah meneruskan bacaan

- Majlis penyampaian hadiah

- Jamuan ringan

- Bersurai


DATANGLAH BERAMAI-RAMAI UNTUK MENJAYAKAN MAJLIS TERSEBUT

ASNAF ZAKAT

Asnaf tersebut sepertimana yang dijelaskan dalam surah At-Taubah ayat 60:

"Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana"


Ada 8 asnaf zakat iaitu:

  1. Fakir

  2. Miskin

  3. Amil

  4. Muallaf

  5. Riqab

  6. Gharim

  7. Fisabillilah

  8. Ibnu Sabil

ASNAF FAKIR
Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50% daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50% daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang-orang tanggungannya.


ASNAF MISKIN
Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung keperluan orang-orang tanggungannya.


ASNAF AMIL
Mereka yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat samada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk urusan pemungutan, agihan, urusan kewangan dan sebagainya.


ASNAF MUALLAF
Mereka yang dijinakkan hatinya atau yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya). Ianya dibahagikan kepada dua iaitu:
Beragama Islam
  • baru memeluk agama Islam
  • ketua-ketua kaum Islam yang baik hubungan dengan ketua-ketua kumpulan bukan Islam yang sejawatan atau sama taraf dengannya
  • ketua-ketua kaum Islam yang masih lemah iman tetapi masih ditaati oleh orang-orang yang di bawah pimpinannya
  • orang-orang Islam yang tinggal di perbatasan yang berhampiran dengan negara musuh Islam

Bukan Beragama Islam

  • boleh dipujuk supaya masuk Islam
  • boleh dipujuk supaya tidak merbahaya kepada orang Islam

ASNAF AR-RIQAB
Memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu.


ASNAF AL-GHARIMIN
Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak.


ASNAF FISABILILLAH

Mana-mana orang atau pihak yang melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti untuk menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.


IBNU SABIL

Orang yang dalam perjalanan (Ibnu Sabil) adalah orang asing yang tidak memiliki biaya untuk kembali ke tanah airnya. Golongan ini diberi zakat dengan syarat-syarat sebagai berikut:

1. Sedang dalam perjalanan di luar lingkungan negeri tempat tinggalnya. Jika masih di lingkungan negeri tempat tinggalnya lalu ia dalam keadaan memerlukan, maka ia dianggap sebagai fakir atau miskin.

2. Perjalanan tersebut tidak bertentangan dengan syariat sehingga pemberian zakat itu tidak menjadi bantuan untuk berbuat maksiat.

3. Pada saat itu ia tidak memiliki biaya untuk kembali ke negerinya, meskipun di negerinya sebagai orang kaya. Jika ia mempunyai piutang yang belum jatuh tempoh, atau pada orang lain yang tidak diketahui keberadaannya, atau pada seseorang yang dalam kesulitan kewangan, atau pada orang yang mengingkari hutangnya, maka semua itu tidak menghalanginya berhak menerima zakat.


Sumber:
1. http://www.e-zakat.com.my/baru/agihan/asnaf.asp
2. http://www.maiwp.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=358&Itemid=156
3. http://zakat.al-islam.com/def/default.asp?l=ind&filename=feqh/desc/item3/item2/desc9

Monday, March 15, 2010

Senarai Masjid Kawasan Kerandang

1. Masjid Gong Pasir (K)
2. Masjid Alor Lintah
3. Masjid Gong Mak Som
4. Masjid Kubang Bemban
5. Masjid Pak Wong
6. Masjid Gong Nangka
7. Masjid Tasek Mengkuang
8. Masjid Kampung Apal
9. Masjid Kerandang
10. Masjid Tanah Merah
11. Masjid Lapan Kotak
12. Masjid Pondok Paku
13. Masjid Pak Da Malik
14. Masjid Al-Khair Kg Telok

Senarai Kawasan Kuala Besut

1. Masjid Jamhuriah Kuala Besut (K)
2. Masjid Pulau Perhentian
3. Masjid Teluk Bayu
4. Masjid Alor Teratai
5. Masjid Nurul Iman Tok Saboh
6. Masjid Seberang Kastam
7. Masjid Beris Lampu
8. Masjid Nangka
9. Masjid Gong Surau
10. Masjid Hj Ishak Kg Baharu

Senarai Masjid Kawasan Jabi

1. Masjid Jabi (K)
2. Masjid Oh
3. Masjid Renek
4. Masjid Tempinis
5. Masjid Tok Dor Luar
6. Masjid Tok Dor Dalam
7. Masjid Anak Musang
8. Masjid Bukit Jerok
9. Masjid Anak Ikan
10. Masjid Kuala Kubang
11. Masjid Bukit Tanah
12. Masjid Felda Selasih

Senarai Masjid Kawasan Hulu Besut

1. Masjid Pasir Akar
2. Masjid Bukit Payung (K)
3. Masjid Felda Tenang
4. Masjid Pancur
5. Masjid La
6. Masjid Keruak
7. Masjid Felcra Keruak
8. Masjid Durian Telor
9. Masjid Darul Salam Padang Bual
10. Masjid Darau

Senarai Masjid Kawasan Bukit Kenak

1. Masjid Hadhari Jerteh (K)
2. Masjid As-Syakirin Balik Bukit
3. Masjid Pulau Panjang
4. Masjid Gerai
5. Masjid Gong Tanah Merah
6. Masjid Gong Duek
7. Masjid Telaga Nibong
8. Masjid Alor Keladi
9. Masjid Lubuk Kawah
10. Masjid Kubang Depu

Sunday, March 14, 2010

Senarai Masjid Kawasan Pelagat

1. Masjid Padang Luas
2. Masjid Lak Lok
3. Masjid Tok Has
4. Masjid Alor Selising
5. Masjid Seberang Jerteh
6. Masjid Gong Penaga
7. Masjid Tok Raja
8. Masjid Hj Yaakub Denger
9. Masjid Nyiur Tujuh
10. Masjid Pengkalan Sentol
11. Masjid TUDM Beris Pak Abu
12. Masjid Bukit Puteri Dalam

Senarai Masjid Kawasan Kampung Raja

1. Masjid Nasiruddin Shah Kampung Raja (K)
2. Masjid Air Tawar
3. Masjid Ibnu Abbas Pengkalan Nyireh
4. Masjid Kampung Pinang
5. Masjid Amir
6. Masjid Gong Kepas
7. Masjid Alur Lintang
8. Masjid Kampung Keluang
9. Masjid Batu Tumbuh
10. Masjid Gong Bayor
11. Masjid Beting Lintang
12. Masjid Kubang Ikan
13. Masjid Tembila
14. Masjid Kampung Limbongan
15. Masjid Taman Ilmu