Saturday, March 27, 2010

Beriman Kepada Kitab

Kitab yang wajib diketahui oleh setiap Muslim ada 4:

1. Kitab Zabur diturunkan kepada Nabi Daud 'alaihissalam
2. Kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Musa 'alaihissalam
3. Kitab Injil diturunkan kepada Nabi Isa 'alaihissalam
4. Kitab Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad sallalahu 'alaihiwasallam

Wednesday, March 24, 2010

Rukun Iman

1. Beriman kepada Allah
2. Beriman kepada Malaikat
3. Beriman kepada Kitab
4. Beriman kepada Rasul
5. Beriman kepada Hari Akhirat
6. Beriman kepada Qadak dan Qadar

Rukun Islam

1. Mengucap 2 kalimah Syahadah
2. Menunaikan fardhu solat lima waktu sehari semalam
3. Menunaikan fardhu puasa bulan Ramadhan
4. Menunaikan fardhu zakat
5. Menunaikan fardhu haji

Saturday, March 20, 2010

PENGUMUMAN 21 MAC 2010

TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT DAERAH BESUT

Peringkat Saringan
Tarikh: 8 April 2010 (Khamis)
Masa: 8.30 Pagi
Tempat: Dewan Ibnu Sina, Aras 1, Pejabat Agama Daerah Besut


Peringkat Akhir
Tarikh: 13 April 2010 (Selasa)
Masa: 9.00 Malam
Tempat: Masjid Al-Muqarrabin Gong Kepas

Aturcara Peringkat Akhir :

9.00 malam - Tilawah dimulakan

- 4 Qari / Qariah akan membaca tilawah

- Ucapan Pengerusi Majlis

- Ucapan Pengerusi Tilawah Peringkat Daerah

(YM Tuan Pegawai Daerah)

- Ucapan perasmian tilawah

(YB Tuan Hj. Muhammad Pehimi bin Yusof – ADUN Kota Putera)

- 4 Qari / Qariah meneruskan bacaan

- Majlis penyampaian hadiah

- Jamuan ringan

- Bersurai


DATANGLAH BERAMAI-RAMAI UNTUK MENJAYAKAN MAJLIS TERSEBUT

ASNAF ZAKAT

Asnaf tersebut sepertimana yang dijelaskan dalam surah At-Taubah ayat 60:

"Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana"


Ada 8 asnaf zakat iaitu:

  1. Fakir

  2. Miskin

  3. Amil

  4. Muallaf

  5. Riqab

  6. Gharim

  7. Fisabillilah

  8. Ibnu Sabil

ASNAF FAKIR
Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50% daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50% daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang-orang tanggungannya.


ASNAF MISKIN
Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung keperluan orang-orang tanggungannya.


ASNAF AMIL
Mereka yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat samada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk urusan pemungutan, agihan, urusan kewangan dan sebagainya.


ASNAF MUALLAF
Mereka yang dijinakkan hatinya atau yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya). Ianya dibahagikan kepada dua iaitu:
Beragama Islam
  • baru memeluk agama Islam
  • ketua-ketua kaum Islam yang baik hubungan dengan ketua-ketua kumpulan bukan Islam yang sejawatan atau sama taraf dengannya
  • ketua-ketua kaum Islam yang masih lemah iman tetapi masih ditaati oleh orang-orang yang di bawah pimpinannya
  • orang-orang Islam yang tinggal di perbatasan yang berhampiran dengan negara musuh Islam

Bukan Beragama Islam

  • boleh dipujuk supaya masuk Islam
  • boleh dipujuk supaya tidak merbahaya kepada orang Islam

ASNAF AR-RIQAB
Memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu.


ASNAF AL-GHARIMIN
Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak.


ASNAF FISABILILLAH

Mana-mana orang atau pihak yang melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti untuk menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.


IBNU SABIL

Orang yang dalam perjalanan (Ibnu Sabil) adalah orang asing yang tidak memiliki biaya untuk kembali ke tanah airnya. Golongan ini diberi zakat dengan syarat-syarat sebagai berikut:

1. Sedang dalam perjalanan di luar lingkungan negeri tempat tinggalnya. Jika masih di lingkungan negeri tempat tinggalnya lalu ia dalam keadaan memerlukan, maka ia dianggap sebagai fakir atau miskin.

2. Perjalanan tersebut tidak bertentangan dengan syariat sehingga pemberian zakat itu tidak menjadi bantuan untuk berbuat maksiat.

3. Pada saat itu ia tidak memiliki biaya untuk kembali ke negerinya, meskipun di negerinya sebagai orang kaya. Jika ia mempunyai piutang yang belum jatuh tempoh, atau pada orang lain yang tidak diketahui keberadaannya, atau pada seseorang yang dalam kesulitan kewangan, atau pada orang yang mengingkari hutangnya, maka semua itu tidak menghalanginya berhak menerima zakat.


Sumber:
1. http://www.e-zakat.com.my/baru/agihan/asnaf.asp
2. http://www.maiwp.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=358&Itemid=156
3. http://zakat.al-islam.com/def/default.asp?l=ind&filename=feqh/desc/item3/item2/desc9

Monday, March 15, 2010

Senarai Masjid Kawasan Kerandang

1. Masjid Gong Pasir (K)
2. Masjid Alor Lintah
3. Masjid Gong Mak Som
4. Masjid Kubang Bemban
5. Masjid Pak Wong
6. Masjid Gong Nangka
7. Masjid Tasek Mengkuang
8. Masjid Kampung Apal
9. Masjid Kerandang
10. Masjid Tanah Merah
11. Masjid Lapan Kotak
12. Masjid Pondok Paku
13. Masjid Pak Da Malik
14. Masjid Al-Khair Kg Telok

Senarai Kawasan Kuala Besut

1. Masjid Jamhuriah Kuala Besut (K)
2. Masjid Pulau Perhentian
3. Masjid Teluk Bayu
4. Masjid Alor Teratai
5. Masjid Nurul Iman Tok Saboh
6. Masjid Seberang Kastam
7. Masjid Beris Lampu
8. Masjid Nangka
9. Masjid Gong Surau
10. Masjid Hj Ishak Kg Baharu